Tuesday, 23 April 2013

Pengat Pisang Tanduk untuk Ustaz



Assalamualaikum ♡ 

Kebetulan ada  pisang tanduk, beli waktu balik dari kerja tadi. Terciptalah pengat pisang ni. Bukan susah pun kan...cepat di masak sedap di makan. Masak untuk ustaz yang datang mengajar mengaji.
Biasanya beli je makanan untuk ustaz ni.

Kalau mood tengah baik, pisang pun boleh berbunga-bunga :)


Buat sira pisang sikit.
Setiap kali lalu depan gerai jual pisang otw balik dari kerja, geram je tengok pisang tanduk duk bergantung2 kat situ. Tapi seksanya nak berhenti kat situ, jalan sangat le sibuknya. Mencabar sangat. Kadang-kadang berjaya...kadang2 tidak.

Cekodok bawang ni tokmi yang buat untuk orang-orang yang berpuasa.
Sedap pula..lama tak makan. Nasib baik tokmi buat banyak.

Ada satu hari tu tokmi terkunci kat dalam rumah,tak boleh keluar dari pagi sampailah kami balik. Tak tau kenapa. Balik kerja tokmi ajak keluar makan.Incik suami masih di surau,  so kami keluar makan berdua. Bungkus aje untuk suami dan adik.

pilihan tokmi dan anak tokmi :)

Nak cerita sikit yang bunga tikam seladang yang sedang galak berbunga ni.
Bila petang baunya semerbak menyambut kepulangan akak dari kerja...cewahh.

Pokok ni asalnya di tanam di dalam pasu...tapi makin lama makin layu.
so kami pecahkan je pasu biar akarnya dapat menjalar bebas di dalam tanah.

dah lama tak ambik gambar kaktus :)

 Ni pula orkid pantai...ada 11 tangkai bunga dalam satu pasu....ohh sukanya  :)


musim bunga di Malaya :)

Aktiviti berbasikal di hari minggu diteruskan sambil menikmati udara segar di pagi hari.

 view yang cantik...melewati pokok-pokok bunga, tak terasa penat walaupun peluh dah mencurah-curah.

sekali pandang mendamaikan..dua kali pandang seram...hihi

Bila dah penat, akak cakap dengan suami supaya stop kejap...alasan nak ambik gambar...muhahhaha
padahal nak rest kejap.

di obersi ada swan...kat sini ada itik...cantik jugak kan?

Aqi pun ikut serta :)

Tokmi dan Humyra pun ikut sama...tapi tak cycling le...duk makan-makan kat cafe. Abah humyra pun ada, ummi humyra tak ikut sebab kerja.



 Keep Smiling :)





60 comments:

  1. Salam Kak,
    Tengah2 malam ni terliurlah tengok pengat pisang tanduk tu. Tapi kat sini mana nak cari pisang tanduk? Kat rumah ni ada epal aje, kalau buat pengat epal agak2 sedap tak? hehehe
    Wah rajinnya berbasikal tu mmg cantiklah pemandangannya. sejuk mata memandang. Kat mana lokasi berbasikal tu? rasa cam nak teman Tokmi makan2 kat kafe tu hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ummi
      hihi epal kalau buat pengat...agak2 sedap tak ye?
      kalau ummi duk dgn tokmi sure tokmi interview ummi pasal perth...hihi

      Delete
  2. Cantiknya tempat akak berbasikal...
    Gambar pokok tu... kalau malam gerenti seram....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...malam sure takut nak lalu sini :)

      Delete
  3. Sedapnya pengat dengan cucur bawang tu. :)

    ReplyDelete
  4. bestnya kak naik basikal tu..

    bertuah ustaz datang ajar mengaji tu boleh makan sokmo:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya beli jah zaila unk ustaz tu
      sebab balik kerja dah letih doh

      Delete
  5. Sedapnya pengat pisang tanduk... terlior la pulak... buat pengat pisang nangka ajelah sbb Kuantan takde pisang tanduk...
    Ops! itu bunga tikam seladang yer... kami panggil bunga kesidang... mmg wangi baunya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak panggil bunga tikam seladang... ada yg panggil bunga kesidang :)
      kat kuantan xde pisang tanduk ye?
      akak pun suka pisang namgka juga :)

      Delete
  6. sedapnyer pingat pisang.. heheh.. comel plop bila buat bentuk2 bunga gitu... best gk famili akak..slalu ada xtvt dgn family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu mood molek...rajin terlebih buat bentuk bunga2 tu lya :)

      Delete
  7. Baru bercadang nak buat pengat pisang tanduk...

    ReplyDelete
  8. bunga tikam seladang? pertama kali baca nama bunga camtu, mesti wangi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg panggil bunga kesidang.
      sangat wangi :)

      Delete
  9. Camne nak buat pisang tu jadi bunga-bunga

    ReplyDelete
  10. tomeinya pengat pisang berbunga2 tu.bunga tikam seledang ni mak saya ade tanam dulu.bunga dia wanginya.kalo duduk kat pokok ni tiba2 feeling2 puteri raja duduk kat taman.ehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jommm kita feeling2 jd puteri raja...hihi

      Delete
  11. wahh..bleh la join akak cycling nie..

    ReplyDelete
  12. salam akak laling,

    oooo..barutau tokmi ni emak puan punya blog ropanya....
    ati punyalah berangan bila bercucu later2 nak di pgl tokmi..hehe

    minta sikit anak pokok bunga tu...pelik namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam laling
      boleh2...ada yg panggil bunga kesidang ati

      Delete
  13. assalam Kasih...acik pun orang kata pantang jumpa..pisang tanduk..buat pengat sedap guna pisang tanduk ni

    ReplyDelete
  14. Rasa tenang & sejuk ja hati tengok gambaq & baca entri ni..I LIKE. Cantiknya tempat kayuh beskal tu. Betoi la kak, gambaq pokok besau tu, dua kali tengok memang seram, kehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau malam confirm tak lalu kut sini kan...hihi

      Delete
  15. jeles..jeles..jeles!

    dah la geram tengok bunga2 di taman akak tu..ish..sabo je la..lepas tu geram lak tengok pemandangan yang cun melecun masa berbasikal. sejuk dan damai je rasa. alaahaii..kat mana tempat ni kak..best tengok!

    ReplyDelete
  16. byk cerita dalam satu n3 ni yer kak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. n3 seminggu sekali KA....hihi
      semua nak sumbat dlm satu n3 :))

      Delete
  17. mmg geram bila nak cari parking jika sesak. Time tulah kita berhajat nak cari barang..


    Pengat pisang sedap mkn dgn pulut . pernah cuba tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah2...mkn dengan pulut pun bestkan

      Delete
  18. sabo jerrr...camno lah leh terkuncikan tokmi kek dlm umah. hahahha....CiM pown suka aktvt berbasikal ni, mula2 beli beskal tu rajinlaa, skang dah takde regu, lagi sebok dgn aktvt yg ntah apa2 ntah, trus tersadai jer beskal kat tembok umah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak kunci tu rosak...nasib baik takde apa2 kan.

      Delete
  19. comey pengat pise tu bungo2. patotla pokok tikam seladang saya mati dale pasu dulu.ruponyo keno tane atas tanoh ko kak? comey jugok bungo tu.saya suka sangat view hok pokok ada batang sulur juntai juntai tu kak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu tane dale tanoh lagi subur sebab akar dio boleh bebas menjalar :)

      Delete
  20. salam akak :)

    akak cycling kat mana? siap ada cafe tu. hehe..

    cycle elok2, kim salam sama tokmi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      kat putrajaya ija :)
      In shaa Allah nanti akak sampaikan :)

      Delete
  21. pisang tanduk tu sebiji pun dah cukup makan ramai2 ,kan..besar..
    tiakm seladang/kerak nasi tu tu kat rumah akak pun tgh lebat berbunga...suka baunya ala2 pandan gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2...sebijikpun dah cukup :)
      a ah kan...bau dia ada ala2 pandan sikit

      Delete
  22. Lamanya x dtg sini.. rindu betul nk baca coleteh akk..kemain panjang citenya..psl mkn, bunga, aktiviti ngan fmily mmg seronok la..rasa mcm nk join je hihii... kt tmn mn tu cntik plak pmandangan dia.
    Kaktus akk cntik..molat2 hihihii

    ReplyDelete
  23. salam akak..teruskan berblog dan rajin-rajin lah buat entri yer..aida suka baca blog akak dan sentiasa tunggu entri dari akak.walau pun jarang komen tapi selalu jln-jln sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam aida
      thanks aida singgah di blog ni

      Delete
  24. SEDAPLAH PENGAT TU KAK
    MANGKUK PUN CANTIK,PEPEL..I LOIKKEE..HEHE

    ReplyDelete
  25. Cantiknya presentation pengat pisang tu, ala ala hotel 5 star...hihihhihi..

    Unik betul nama bunga tu..tikam seladang! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg panggil bunga kesidang atau kerak nasi....nama berubah ikut negeri kot :)

      Delete
  26. kesian tokmi terkunci... bahaya tu.


    Dalam pasu kaktus, belah barat daya tu kaktus juga ke? Molek beno bentuknya... warna hijo terang, tak berduri pulak tu

    ReplyDelete
  27. lama nye x mkn pengat pisang! wiken ni kena cari ni

    ReplyDelete
  28. salam K.kasih...Sedapnya pengat pisang..lama tak mkn.Cantiknya permandangan kat situ...mesti seronok berbasikal..kuarkn peluh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg penting keluarkan peluh kan atie

      Delete
  29. Lamanya saya tak jumpa pisang tanduk... sedapnya buat pengat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sana ada pisang tanduk tak amie?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...