Saturday, 12 October 2013

Raya 2013 yang dah lama berlalu..


Assalamualaikum ♡ 

Aduhai lamanya tak menulis...blog ni sunyi sepi bagaikan tiada penghuni.
Banyaknya peristiwa yang dilalui sepanjang menyepikan diri.


Ingin sekali menulis tentang raya  walaupun dah berbulan2 berlalu...hanya sekadar catatan untuk diri sendiri.

Raya tahun ni kami beraya di Kuala Pilah.
Rancangan awal ingin balik Terengganu tapi terpaksa dibatalkan kerana adik dah mula sekolah lebih awal.

kerana this year adik PMR.
Terpaksa le kami bekorban demi Adik.


Muncung abang-abang dah sejengkal dah sebab tak dapat balik Besut.

Bukan New Zealand atau pun UK..ni Pilah, kampung halaman pokcik.

 Aktiviti sehari sebelum raya...tolong uwan sapu halaman.


 Supervisor duk atas tangga...sambil snap gambar...hihi


rumah uwan

kami yang sampai paling awal....
adik beradik lain tak sampai lagi.


 uwan buat puteri mandi versi Nogori Sembilan untuk berbuka puasa.


 untuk seri kan suasana raya....ni tugas mokcik :D
  
 Lepak dengan uwan sebelum berbuka puasa.


menu berbuka puasa , hari terakhir ...sup tulang yang power.

 ayam masak merah kegemaran anak-anak


 masak lemak cili api mesti ada


 tempoyak masak yang sodap tak terkata.


rendang daging uwan yang masak...sudah terbukti kelazatannya.


 solat jemaah selepas berbuka puasa.



 lepak jap...sementara menunggu isyak.


Pagi raya bersama keluarga pokcik.


 Menu wajib di pagi raya.

Raya pertama..sibuk melayan tetamu.
Jadi tukang basuh pinggan...dari pagi hingga petang.
Raya kedua berjalan rumah sedara mara. Jalan jem tak terkata...apakan daya, ku redah jua.




keep smiling :)
Abang pun dah selamat kembali ke Egypt
 pada 9.10.13 
untuk meneruskan pengajiannya.








28 comments:

  1. Ala itu aje ke.. tak puas la bacaaaa... apa pun, nice pics.. merah dan kelabu ya.. he he.. tu lemak sadin campur kentang kan, makan dengan tempoyak pucuk ubi..fuh tak ingat dunia!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Betul..masak lemak sardin Dan kentang.
      makan dgn Tempoyak tu mmg sedap.

      Delete
  2. dah nak Raya Aji dah awak... :)

    Salam Aidil Adha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha
      Sebab tu Kena tulis before raya haji :D
      Selamat Hari raya haji juga doc

      Delete
  3. meriahnya raya :)

    selamat hari raya qurban buat akak sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ann
      Slmt Hari raya haji juga Unk Ann skeluarga

      Delete
  4. Lama tak lihat akak kat IG
    busy erk sis
    selamat menyambut hari raya aidil adha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malassss...puncanya...haha
      Slmt Hari raya aidiladha Unk dila syg

      Delete
  5. TETIBA ADA BLING2 KAT MUKA..HAHA

    MERAH TEMA RAYA AKAK YER..MERIAH..

    DAN MAKANAN2 TU AS USUAL SLL BUAT BUI TERLIUR..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bling2 tanda Seri di muka...haha
      Tq adik angkat Sbab sudi singgah di sini

      Delete
  6. abang tak sempat beraya haji di malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye...sebab tiket lepas raya dah takde.

      Delete
  7. Replies
    1. Aikkk macamana tau?
      Hahahahha Kalau tak tau...sah bukan org pilah

      Delete
  8. yeaaaa..suka nya saya akak keluar dari blanket dah. hee... ari tu kan kak lepas akak phone tu saya sambung lelap. terus mimpi jumpa akak. siap makan2 dan gambar2 lagi.. tup - tup saya terjaga, tinggal 30 minutes je lagi nak masuk kelas.. terus cancelled class. heee..heee.. punya lah excited lepas akak call tu. hee..


    tulis je lah.. jangan stop2.. stop kejap2 je.. jangan lelama..ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha
      Baru kluar separuh je dari blanket ni yan...Masih bermalas2an

      Delete
  9. Salam Kasihredha..lamsnya merajuk..rendu renduan jadinya.....tak kisah lah raya lama ke idak...janji ada bersiaran...
    Salam aidil adha Kasihredha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak
      Slamat Hari raya aidil adha juga Unk akak Dan family

      Delete
  10. tak kisah la cerita lama ke baru.... berblog ni boleh dikira macam diary lah juga. Bila dah lama-lama nanti pun masih boleh dibaca balik cerita pasal kehidupan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Betul tu
      Kalau tak tulis...sure lupa kan
      At least anak2 pun boleh Baca Nanti

      Delete
  11. Replies
    1. Oloss...kembang lah diorg Nanti
      Dok encem mano pong...make gambar oghe tuo2 Kato..haha

      Delete
  12. selamat menyambut hari raya aidil adha...moga gembira dan sejahtera selalu terutama ketika berkumpul bersama keluarga dan sahabat handai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin
      Thanks
      Selamat Hari raya aidil adha juga

      Delete
  13. Salam Aidil Adha, kak KR. Suka tengok gambaq kedua akhir tu, ada satu feeling yg sukar diungkapkan bila tengok gambaq tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pekan senaling di Kuala pilah...tak pernah berubah.
      Slmt Hari raya haji dinas

      Delete
  14. rindu akak menulis :). jom menulis semula! Hehehe. IG pun akak senyap...huhu sebenarnya best menulis ini kan? Tak ada org baca, kita baca sendiri hahaha. kenangan itu semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah akak tak menulis by.
      Di IG pun kadang2 rajin...kdg2 malas
      Balik kerja rasa nak tidur je

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...