Sunday, 3 November 2013

Cuti...yeahhh



Assalamualaikum ♡ 

Kalau le selalu cuti panjang macam ni kan seronok. Senangnya dalam hati.Berbunga-bunga rasanya walaupun tak dapat bercuti kemana-mana.


Walaupun cuma berada di rumah tapi terasa bagai di Cameron atau Genting aje dek cuaca yang mendung dan  sejuk (mood berkhayal).

Sambil makan kek butter panas-panas yang baru keluar dari oven ni..oh nikmatnya.  Kopi o tak lupa..minum sambil pejam mata..haha.

 Setiap kali membuat kek...saat kek mula masak adalah saat yang sangat di tunggu-tunggu, kerana baunya harum seisi rumah(kalau tak hangit)...aduhaiii bestnya.

 Bahan-bahannya sangat simple..dan sangat berpuashati dengan rasanya. Dan yang paling penting pokcik suka !!

masak simple saja untuk lunch.
Masak lemak ayam salai dan kentang.

Lepas tu siap-siap marinate ayam untuk makan malam.Marinate lama sikit supaya meresap...gitu.


 akak tak buat seekor ayam...takut tak habis.

 Kitchen glove tu nekcik yang kasi...thank you kak :D

Rasa rosemary chicken ni masih tak mencapai tahap Kak Pah(SIL) punya.Tak tau silap di mana.


Selain makan-makan...cuti-cuti ni boleh le ganti bunga yang dah layu ni kan.


Takde bunga lain untuk diganti.
Yang ada cuma bunga kantan tepi pagar ni je.
Vase dia ok tak?  hihi



 susun balik bunga lama...



Lepas tu isi segala makanan leftover dalam balang ni.
Tutup balang ni terdiri dari dua bahagian.
Kalau suatu hari nanti  tutup ni hilang...boleh beli tutupnya saja sebab ada terjual tutupnya sahaja.



Boleh le masukkan pickle dalam balang ni..so takde le semua benda nak kena sumpat dalam fridge.
Kurma yang sebelum ni duk je dalam kotak...boleh simpan kat sini juga...senang untuk yang berpuasa nanti.



Nak cerita sikit pasal pokok bunga ni.
 Bunga ni jarang berbunga...bila berbunga wajib ambik gambar.
Walaupun tak berbunga...akak suka daun dia...sebab warna daun dia kelabu.
Ok lah...selamat bercuti semua :))





 Keep Smiling :D


 mangga pokok sendiri vs mangga beli :)









40 comments:

  1. Tengok butter kek kak kasih, terus laju klick ke blog.... Thanks for sharing. :) Assalamualaikum :)

    ReplyDelete
  2. Asalam....he he...malu aah...tinggi sangat penghargaan untuk sebijik glove gitu!!.
    Terina kasih kerana diberi peluang untuk berbakti di dapo yg shantek danselalu berasap walaupun ada cooker hood!!he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...harga pemberian tu yg penting kak..
      Tanda ingatan akak...saya hargai

      Delete
  3. selamat bercuti...
    Cantik bunga kantan tu bila diletak dalam vas...

    ReplyDelete
  4. seronoknya walaupun cuti dok rumah.... kat rumah ada lg org lain ..... kalau saya cuti tok rumah dok la sorang2, takder nak borak ngan sape2

    ReplyDelete
  5. bau kek sapa sini kak! comel botol2 tu molek jah tersusun di situ.happy holiday kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauhnyo angin membawa Bau kek tuh...hahah

      Delete
  6. syoknyaa time cuti duduk kat rumah. boleh buat macam2 aktiviti

    ReplyDelete
  7. kami kan kak dua hari ni tak de keje lain. jalan je. naik penat montot ni haahh.. hubby asyik ajak jalan, tak larat.. hanya sebab nak breakfast dan lunch.. tapi serronok lah even lotih..

    ReplyDelete
  8. cantiknya susunan balang2 itu ............dengan isinya sekali

    ReplyDelete
  9. Mai sini mesti sejuk mata tengok makanan & hiasan rumah, cek suka, hehe. Bunga kantan memang cantik. Ayam rosemary tu, aiseh..mintak ciket (muka tak malu), hehee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dinas mintak...akak kasi banyak !
      Sampai Kenyang...hihi

      Delete
  10. Salam Kak Kaseh...sedapnye tgk jeruk betik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap alin
      Kuk krak kruk krak bila mkn

      Delete
  11. Duhai Kak Kasih yang Super Creative & Rajin..

    Terliur Yong tengok asam dlm balang tu.. Ayoyooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila2
      Kalau yong dtg akak jamu dgn macam2 jeruk k

      Delete
  12. cerita ttg cuti sy ppun dah tak sabar. minggu depan kerja 3 ari jer(selasa n rabu cuti kt kelantan krn hari keputeraan sultan). pastu cuti akhir tahun.

    Tgk gambar makanan dlm entry kak terus lapar, nasib baik tengah menghadap makanan ni

    ReplyDelete
  13. pic2 kat dapur akak ni bikin KA jeles lah hehehe

    ReplyDelete
  14. semuanyer sedap2....
    walaupon masak kat rmh..tp nmpak cam masakan restoran y tip top..

    ReplyDelete
  15. betul tu kak.time kek masak tula yg paling best.wangi satu rumah.panas2 dah potong.tak sabar.

    ReplyDelete
  16. Lamanya akak ku ini menyepi....rindu taw! Best bau kek...semerbak dlm rmh aromanya

    ReplyDelete
  17. Salam Kak..Amboi bkn main bersakan msk kek bagai bila cuti ya...mmg cantik bunga2 tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..masak2 cuma dihari cuti je atie

      Delete
  18. Assalamualaikum Kak,
    Sedapnya nampak ayam rosemary tu. Kalau dekat2 boleh umi bagi rosemary dan lemon fresh2 dekat akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam
      Bestnya Kalau ada yg fresh
      Kat sini lemon Mahal

      Delete
  19. Zila pun msih brcuti lg kak..bestnye duk umh rasa nikmat..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...