Wednesday, 16 January 2013

Puding Pisang Karamel dan Belimbing Buluh

Assalamualaikum semua

Sebenar cik kak ni jaranggg sangat masak hari kerja. 
Biasa beli aje lah.Balik kerja dah penat kan..kan...kan.
Tapi hari minggu...kena le masak....tu pun kadang-kadang ngelat juga...hihi.

Pisang banyak kat rumah...tak tahu nak buat apa.
Seperti biasa , cari resepi yang paling senang.
Jadi lah Puding pisang karamel ni.

Resepi puding ni lebih kurang puding telur karamel tu...just tambah pisang je.

Lebih sedap di makan sejuk-sejuk berbanding makan waktu panas. :)

Ini preparation untuk makan siang.

Belimbing pun banyak kat rumah...tengah meriah berbuah.
Cantik tak potongan belimbing ni...
Sure le cantik (ayat bodek)....sebab siapa yang potong???


Jeng...jeng...jeng....Pokcik ni yang potong.
Setahun sekali kejadian ni tauuu...hahaha.


Buah belimbing buluh tengah berbuah.

Nampak tak ....ada orang berbaju merah celah pokok belimbing tu?
hihi

Hari minggu adalah hari masakan kampung sedunia...masak apa yang suami dan anak2 suka...
baik kan mokcik...muhahaha.
Timun tu Adik yang potong...kadang-kadang kita kena biarkan mereka buat sesuatu ikut creativity mereka sendiri....kasi puji-pujian sikit..supaya tambah rajin :D

yang ni tak boleh tahan.....adik yang buat....muhahahaha


Tak lupa..cerita anak angkat...si puteh meow meow.... puteh tengah timbang berat badan.
Dah 5kg dah :D





 Keep Smiling :D
Trompet Adik..
Boleh le akak tiup 
kat telinga diaorang 
untuk bangun pagi .


Tuesday, 8 January 2013

Pengat Ubi Kemili , Ayam salai dan Pisang.



Assalamualaikum semua♥ 


Pengat ubi kemili (tupak sebutir)

Sejak dua mejak ni rasa malas sangat nak menjengok blog. Mood kelaut.
Pengat ubi kemili tu Tokmi yang buat. Snap gambar pakai hp je tu.
Ubi kemili ni akak panggil ubi keling...mungkin sebab hitam kot.

Hari minggu masak masak lemak ayam salai ...goreng sawi ala kadar dan goreng tenggiri jeruk.
Simple sebab mood masak pun kelaut.
Ayam salai tu rasa dia dah tak gitu ok dah sebab hari tu fridge akak rosak...minta tolong Adik Nor simpan kat rumah dia dulu sebagai anak angkat.

Begini le rupanya bila fridge rosak...banyak le yang masuk cik tong.
Ada yang tumpang kat rumah adik nor juga.
Ada baiknya juga fridge rosak...kalau tak rosak, sure masih duk simpan le mcm-mcm kat dalam fridge tu.
Antaranya carrot yg dah berbulu...kentang yang dah naik pucuk dan segala mcm mak nenek ada kat dlm tu.

 Sebelum masak      ini  dah masak

Ini pula pisang dari dusun Ulu Langat.
Bagi-bagi kat jiran tetangga.


Pokok Pisang kat dusun...hidup subur..Alhamdulillah.

 Ini Zarin yang kasi...Thanks Zarin...sungguh sedapp ooo.



Keep smiling :)

Adik yang sangat teruja 
dapat berjumpa dengan Ustaz Don :D








Wednesday, 2 January 2013

Tahun Baru 2013


Assalamualaikum semua♥
Selamat tahun baru...semoga tahun ni akan lebih baik dari tahun yang telah di tinggalan.
Tahun 2012 telah meninggalkan kenangan pahit dan manis. Akak yakin seyakinnya ujian Allah itu ada hikmah di sebaliknya. Allah ingin memberi yang lebih baik dari yang kita miliki selama ini. Alhamdulillah :)

Laksa Terangganu/Kelantan.

Di pagi tahun baru..Abang Zu dan Kak Pah menjemput breakfast di rumah mereka di Puncak Tropika, Shah Alam.

Kak Pah memang cekap bab masak memasak ni.
Dan sering jemput kami makan-makan.
Kebetulan betul le dapat kak ipar yang pandai dan rajin memasak....dan adik ipar nya pula kaki makan :))

Bihun yang sungguh sedap...banyak menu lain lagi sebenarnya...antaranya pulut kelapa.
Bukan setakat makan aje....lepas tu kak pah kasi bawa balik bihun dan pulut tu sekali.

 Tokmi dan adik.

Balik dari rumah Abang Zu...singgah di IKEA. 
Niat hati nak beli penyangkut....untuk hang akak punya kuali.
Tapi biasalah kan....mesti TERcapai benda-benda lain juga.
Termasuk le karipap....beli sedozen sebab adik nak bawa ke sekolah juga.

 Lunch di Bumbu Desa...The Curve.

Teringin nak makan masakan Sunda sebenarnya...Neng ni kan lama kat Bandung...sesekali mengidam nak makan masakan sana.

 Teh botol yang dah di kotakkan :)

 Ini le menu kami. Gepuk sapi takde pulak hari ni.
Frust gak le.

 Nak cerita juga pasal teko ni...
Ni kawan  akak...Dini... yang tolong belikan di UK.
Hari tu mereka balik cuti....tp barang hantar dengan kargo.


 Mula2 duk like like di FB...
Pastu Dini tanya akak berkenan ke?
Kalau nak kirim boleh sebab dia hantar barang dengan kargo.
Hihi...apa lagi.


Terimakasih Dini.
Sebenarnya kagum dengan kawan-kawan(junior) yang masih berjuang di negara orang untuk mendapat ilmu. Nanti bertambah le seorang lagi ilmuan muslim di negara ini...Inn Sha Allah.


 Keep Smiling :D
Mulberry akak dah masak :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...