Tuesday, 30 April 2013

Selamat Hari Tua



Assalamualaikum ♡

Pada 27 april...berpuluh puluh tahun yang lalu lahir le seorang bayi perempuan yang di beri nama gabungan antara ayahanda dan bonda .Tak payah nak panjang lebar...bayi tersebut sure lah penulis blog ni kan :-D

kad dari incik husband

Ucap syukur pada Allah kerana dapat menjalani hidup ini dengan baik walaupun diduga dengan ujian berat dan ringan silih berganti , alhamdulillah dapat di lalui dengan izin Allah jua.

Balik dari kerja pokcik ajak gi swimming
 di Putrajaya.
Balik dari swimming lebih kurang 12 am...taraaaa...ada surprise!!!
Rumah gelap gulita...tiba-tiba adik bawa kek dan ucap happy birthday.
Abah dah pakat dengan adik rupanya.

Birthday card dari adik...thanks adikkk

kek abah beli di resepi rahsia.
ohhh kenapa ye kalau abah beli kek selalu je sedap *ayat bodek* hihi

ada roses juga. 

 tiba-tiba incik husband bawa keluar hadiah ni....terharu!!
Thanks my dear.
Sebenarnya akak ingat akak nak beli sendiri handbag ni ....dah lama dah duk meninjau-ninjau.
Psstt Selamat duit mokcik...hihi

 bila masuk bilik...tengok ada satu lagi bungkusan.....terferanjat lagi.
Ini dari Aqi....mak aiii besarnya kotak...mula2 tak boleh fikir apa yg ada dalam kotak ni.


Ini le rupa paras hadiah dari Aqi.
Agaknya Aqi selalu mendengar keluhan ummi yang sering sakit belakang bila duduk lama-lama. Thanks Aqi.
Bestnya belakang di urut2 oleh massage cushion ni.


Terimakasih juga buat incik husband dan anak-anak termasuk anak angkat, puteh si meow2 kerana bacakan doa untuk kesejahteraan akak after solat maghrib.

 Lepas tu kami keluar makan malam...incik husband yang belanja.


 Akak suka sangat buttered prawn ni...berulang-rulang akak ambik.
Memang lazat sangat.

 Baklava pun ada...makan seketul je.

Kuih muih pun sedap.




 Keep Smiling :D


 walaupun abang jauh di mata ummi...abanglah orang yang pertama wish untuk ummi.

Terharu membaca ucapan abang...thanks bang.









Tuesday, 23 April 2013

Pengat Pisang Tanduk untuk Ustaz



Assalamualaikum ♡ 

Kebetulan ada  pisang tanduk, beli waktu balik dari kerja tadi. Terciptalah pengat pisang ni. Bukan susah pun kan...cepat di masak sedap di makan. Masak untuk ustaz yang datang mengajar mengaji.
Biasanya beli je makanan untuk ustaz ni.

Kalau mood tengah baik, pisang pun boleh berbunga-bunga :)


Buat sira pisang sikit.
Setiap kali lalu depan gerai jual pisang otw balik dari kerja, geram je tengok pisang tanduk duk bergantung2 kat situ. Tapi seksanya nak berhenti kat situ, jalan sangat le sibuknya. Mencabar sangat. Kadang-kadang berjaya...kadang2 tidak.

Cekodok bawang ni tokmi yang buat untuk orang-orang yang berpuasa.
Sedap pula..lama tak makan. Nasib baik tokmi buat banyak.

Ada satu hari tu tokmi terkunci kat dalam rumah,tak boleh keluar dari pagi sampailah kami balik. Tak tau kenapa. Balik kerja tokmi ajak keluar makan.Incik suami masih di surau,  so kami keluar makan berdua. Bungkus aje untuk suami dan adik.

pilihan tokmi dan anak tokmi :)

Nak cerita sikit yang bunga tikam seladang yang sedang galak berbunga ni.
Bila petang baunya semerbak menyambut kepulangan akak dari kerja...cewahh.

Pokok ni asalnya di tanam di dalam pasu...tapi makin lama makin layu.
so kami pecahkan je pasu biar akarnya dapat menjalar bebas di dalam tanah.

dah lama tak ambik gambar kaktus :)

 Ni pula orkid pantai...ada 11 tangkai bunga dalam satu pasu....ohh sukanya  :)


musim bunga di Malaya :)

Aktiviti berbasikal di hari minggu diteruskan sambil menikmati udara segar di pagi hari.

 view yang cantik...melewati pokok-pokok bunga, tak terasa penat walaupun peluh dah mencurah-curah.

sekali pandang mendamaikan..dua kali pandang seram...hihi

Bila dah penat, akak cakap dengan suami supaya stop kejap...alasan nak ambik gambar...muhahhaha
padahal nak rest kejap.

di obersi ada swan...kat sini ada itik...cantik jugak kan?

Aqi pun ikut serta :)

Tokmi dan Humyra pun ikut sama...tapi tak cycling le...duk makan-makan kat cafe. Abah humyra pun ada, ummi humyra tak ikut sebab kerja.



 Keep Smiling :)





Friday, 19 April 2013

Scones dan Berbasikal



Assalamualaikum ♡ 

Cita-cita untuk membuat scones sendiri akhirnya terlaksana juga.
Minta resepi dengan Mynn aka LG Salam Dua Benua.
Resepi scones lemonade. Thanks sifu :)

Biasanya makan scones di Coffee Bean .
Jangan compare akak punya dgn coffee bean punya....jauh bezanya hihi
Saya budak baru belajar :D
Saja update pasal masak memasak ni...sebab dah lama tak update acara masak memasak bak kata Mrs.Izi..thanks dik kerana selalu mengikuti blog yg tak seberapa ni.

Cerita sikit aktiviti baru Kami sekeluarga...
Akhirnya Kami beli basikal baru pada 7.4.13.(Letak tarikh untuk ingatan diri sendiri) Dapat harga yg bagus sebab Abang zu kenal dengan tokey kedai tu.

Mulalah mengayuh dipagi ahad.
Kruk krek kruk krek
Kayuh berdua, takde le penat sangatkan...sebab  berborak tak habis-habis.


Tokmi pun ikut, tapi tak naik basikal le cuma duduk-duduk kat cafe sekitar situ sambil breakfast.

Kami ada mengikuti satu kelas Sekarang ni.
Nanti Kalau dah pandai akan share kat sini.
Sekarang tak boleh nak share lagi sebab belum pandai.
Sangat enjoy  dapat mengikuti kelas tersebut.
Cikgunya sangat baik...anak murid pun suka.
 Balik kelaparan beli rojak dan cendol ni.


Lepas tu tidur keletihan.
Mama long dan ayah long datang pun hampir tak sedar.
Mama long datang bawa kuih bakar ni.
Cantik pulak kuih bakar ni kan...berbentuk love :)



 Keep Smiling :D
Pokok limau purut dah berbuah.
Biasanya ambik daunnya saja untuk buat tomyam.



Monday, 15 April 2013

Budapest, Hungary.



Assalamualaikum ♥

Hungarian Parliament di waktu malam...gambar diambil dari cruise.

 Cerita cerita tentang percutian ke Eropah Timur tak habis lagi...walaupun malas sangat-sangat tapi berusaha juga menulis agar tak lupa.

Hungarian Parliament di siang hari.

 Dari Bratislava kami menuju ke Budapest. Kami tinggal di Hotel Star Inn  ni.
Lepas solat dan rest kejap, kami keluar mencari money changer...sebab di Budapest kena guna duit forint la pulok.


duit forint


Jom tengok hotel Star Inn ni dulu
simple lobby.


ni bilik kami.

ni le tempat kami breakfast... kami cuma makan conflakes dan buah-buahan saja....kurus den kalau duduk Europe lama-lama.



Waktu jalan-jalan mencari money changer...jumpa Budapest Nyugati ... railway stations ni.

Tersergam indah bangunannya.
Dibelakang Railway station ni ada Mall yang agak besar juga.



Tak tau nama apa Mall ni...betul2 dibelakang station ni.

Apalagi....jom window shopping


Sibuk mokcik?

florist di sepanjang jalan..

Pemandangan di sebuah jalan di Budapest.
Tram di Budapest ni semua bewarna kuning...tiang elektrik pun warna kuning Juga.

Tiang elektrik yang di cat kuning

Tram pun kuning :)

 On the way balik hotel jumpa satu restoran Turki.Akhirnya jumpa juga dengan restoran halal disini.
Sepanjang di Budapest...kami makan kat sini je.

Banyak pilihan makanan..

 dessert


 Sedap...terung dan daging cincang, kat atas ada cheese.


 
Parliament di balik pokok.


Kami dibawa ke Heroes Square ni


Museum Fine of Art ni berdekatan dengan Heroes Square.


Chain Bridge ni le yang menghubungkan bandar Buda dan Pest.


 Fisherman's  Bastion


Senibina yang awesome.






Pemandangan Budapest yang dapat dilihat dari fisherman's Bastion


tangga menuju fisherman's Bastion.


Lelaki dengan pakaian zaman dahulu kala...bersama burung helang.

Banyak kedai souvenir kat sini.

Banyak souvenir yang di jual di sini.
Antara yang menjadi sasaran adalah FM.


Pemain 'biola' di fisherman's Bastion.


daun-daun dah mula kuning.


Chestnut aka buah berangan bertaburan kat bawah pokok ni. Besar pulak tu. Tapi tourist guide kami cakap spesis ni tak boleh makan.

Lepas tu kami di bawa ke satu kawasan tinggi untuk melihat bandar Budapest dari atas,


Pemandangan di sebelah kiri

dan sebelah kanan.


Tembok disekitar sini digantung dengan  lukisan Budapest dari kurun ke kurun.


Berderet lukisan Budapest dari zaman berzaman

Antara souvernir yang di jual di sini.
Boneka berpakaian tradisi :D

Malamnya kami menaiki cruise untuk menikmati pemandangan di malam hari.

Bangunan-bangunan yang di sirami lampu


jembatan yang merentasi Sungai Danube


Cruise


Ini pula bangunan-bangunan yang terdapat di Budapest.






Berbasikal adalah perkara biasa di sini.

Ini juga perkara biasa...di mana-mana...vandalisme!!
dan yang pasti bukan hasil seni.

yang ini boleh di anggap graffiti  tak ye?

Kami di Budapest :D





Keep Smiling :D
bas yang seksi :D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...