Wednesday, 29 May 2013

Cuti lagi ..bahagianya :)



Assalamualaikum ♡ 


Eleh cuti sehari pun suka...memang sukaaaa sangat walaupun sehari.Hari Jumaat hari tu, cuti hari Wesak.
Mokcik memang pencinta cuti. Sambil nyanyi lagu Irwan Shah...aku pencinta cuti wanita. 
Dapat le gi beli barang dapur dengan anak-anak.
Beli buah-buahan, setengah  darinya Aqi bawa balik asrama.makan dengan kawan2nya.

Nak beli ikan parang...tapi ikan parang tak de, so beli le ikan ni...nak try.
Tak sedap sangat, lain kali tak nak beli lagi...hihi

Beli bunga ni juga...setangkai ada beberapa kuntum bunga,  harganya RM 0.90 .
Beli dua colour...lebih kurang RM 1.80 saja harganya...murah meriah kan. 
Pokcik kata ni bunga orang India buat sembahyang...uwaaa
Tapi cantik je kan..kan..kan

 Petik belimbing buluh kat pokok sikit..
nak buat gulai nogori sembilan.

 Limau purut pun dah kuning..
petik dapat 5 biji.
walaupun rupa paras tak menawan...baunya harum sekali.

 Yeaaahh  ada chef pembantu :)

 Sorang lagi chef pembantu.....membuat kerja ummi makin cepat.

Inilah hasilnya main masak-masak dengan anak-anak.

 Ini family gathering ..hari Sabtu.
Akak kerja hari Sabtu, malam baru pergi.
Jadi lah orang yg paling akhir sampai.
Tapi makan tetap makan yo.

 Bila senior2 berjumpa.
Gathering ni diadakan di rumah my auntie.
Dapat le jumpa sepupu sepapat yg dah lama tak jumpa.

 Ini pula hari Ahad punya projek.
Masak simple2 aje
Salmon goreng dengan bawang dan cili.

 goreng kentang dengan ikan bilis.

 Ini projek dengan Aqi...Aqi request for moist chocolate cake.

 Resepi guna sukatan cawan..tak guna butter, guna minyak masak je. Kalau takde mixer pun boleh buat kek ni...boleh guna blander sahaja.



 Keep Smiling :D

Sabtu ni cuti lagi..yeahh



Wednesday, 22 May 2013

Masak-masak dan Belajar Berenang.



Assalamualaikum ♡


Hari minggu hari tu, masak ni lagi atas permintaan ramai,
 tak ramai pun ...2 orang jer.
Kesimpulannya saya selalu memasak apa yang suami dan anak-anak suka.
Menu yang sama jer..ulang-ulang.
Masak dua lauk je...simpan tenaga nak buat macam-macam (konon kononnya)

Incik suami gi cycling dengan Ayah Ngah dan Pak Su Haris.
Tiga ipar yang punya hobby yang sama.
Kami kaum perempuan tak ikut this time.
Adik pula gi tuition.

Syok juga sesekali duduk rumah sorang-sorang.
Sempat le cuci tudung-tudung ...belai-belai pokok bunga yang dah lama tak mendapat belaian kasih sayang.


Petang gi belajar berenang dengan my sister...Adik Nor.
Berakhir sudah kelas berenang yang akak ikuti selama 4 minggu.
Kos 4 sesi adalah Rm 420...tak sangka akhirnya boleh juga berenang walaupun belum mahir betul.
Tak pernah terfikir boleh swimming akhirnya.
Alhamdulillah.
Dari tak pandai lansung sebelum ni...ibarat, kalau campak akak kat dalam kolam tu, sure tenggelam punyalah.
Dulu-dulu cuma hantar anak-anak je kelas swimming ni....maknya duduk je tepi kolam tu.

Balik dari berenang buat cekodok bawang ikan bilis....sedap di makan waktu lapar.



 Keep Smiling :D

Malam tidur lena...Alhamdulillah.
Penat tapi hati senang :)






Tuesday, 14 May 2013

Pindang Tapai & Guppies



Assalamualaikum ♡


Pindang tapai ni akak buat sikit je sebab akak sorang yang makan.
Ahli yang lain tak suka.
Senang je buat pindang ni..macam buat pengat je, cuma bezanya pindang tapai guna gula putih.

Sebenarnya tak nak cerita tentang kejadian hilangnya ikan guppies akak ni. Sedih tauu.
Tiap pagi sebelum pergi kerja akak kasi makan ikan-ikan ni. 
Suatu pagi, akak tengok ikan2 ni hilang, satu ekor pun tak de. Dalam pasu ni ada beratus2 ekor guppies. Nak menangis rasanya. 
Akak selongkar pasu tu, kot2 ada binatang lain yg makan ikan ni...tapi tak de.
Menurut teori my brother....burung yang makan.
Redha je lah....sekarang dah beli ikan guppies yg baru.Tapi tetap rindu dengan guppies yang lama :(

Last week ada conference...takde cerita menarik pun nak cerita. Cuma dapat jumpa rakan se profesi dari segenap negara.
Tak sempat nak reunion pun dengan kawan2 se Malaysia.

Sekarang tengah menajam skill berenang...kadang2 malam pun gi berenang  dengan pokcik :)




 Keep Smiling :D

jumpa satu kedai runcit yang jual sayur kampung...ada segala jenis ubi-ubian dan segala jenis pisang...teringat Kedai Esoh waktu kat kampung dulu :)




Sunday, 5 May 2013

Masak-masak di Hari Mengundi



Assalamualaikum ♡


Pagi-pagi dah siap-siap masak pulut sambal ikan bilis. Semangat nak mengundi lah katakan.
Mula-mula ke tempat mengundi suami di Cheras.
Lepas tu ke tempat mengundi akak pula.
Akak mengundi di Bandar Baru Bangi.


Ramainya orang..uwaaaa
Beratur tengah panas ceng ceng..queue sampai 2jam baru
dapat memangkah dan pakai inai biru.


First time pakai inai biru :D


Balik masak gulai ayam dan kentang.
Bahan-bahan dah siap...cuma tinggal masuk periuk je. Penat mengundi tak sedar tertidur...zzz
Bangun tidur baru makan.


Dah beli bahan-bahan untuk masak malam sebelumnya lagi.

Syok shopping dengan anak-anak sebab ada yang tolong timbang dan tolong queue untuk bayar.


Ni story 1 Mei...yeaayyy cuti !!!
Kami ke Putrajaya.



Kami gi Swimming :D


Makan di food court Alamanda.
Semua makanan yang di order tak memuaskan hati. Tak nak cerita panjang.


Balik dari Putrajaya masak pengat lagi.
Sebab jumpa satu kedai runcit yang jual segala jenis pisang dan ubi.



 Rebus ubi kayu makan dengan kepala parut..dah lama tak makan.


lebihan pandan untuk buat pengat akak letak kat dalam karbinet. Katanya boleh elak dari lipas dan selain tu syok sebab wangi.


Ni pula tempat rempah bermagnet.
Akak pesan dari LG..Salam Dua Benua(Perth).
LG balik cuti ke Malaysia.
Thanks  Zarin yang tolong ambik untuk akak.


sebelum ni akak letak rempah dalam botol ikea ni je.



 Keep Smiling :D

PRU 13...2013




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...