Monday, 24 June 2013

Mari belajar sembelih ayam



Assalamualaikum ♡


Minggu ni jerebu makin serius.
Aktiviti luar terpaksa di kurangkan...stop cycling, gardening and swimming untuk sementara waktu.
Tak ada aktiviti, bosan pulak kan.

So Abah ambil peluang mengajar anak-anak cara sembelih ayam mengikut rukun dan syarat2 yang telah di tetapkan.
Sebelum ni belajar teori je kan.
Perasan tak jerebu kat belakang tu.

 proses seterusnya...untuk memudahkan proses mencabut bulu ayam.


Dua beradik ni yang tekun membuang bulu ayam ni.
Akhirnya selesai juga.


prepare sayur dan bahan-bahan untuk pecal.
Kuah dia dah ready just tambah air panas saja.

Ni rupa paras kuah pecal tu. Untuk WhiteCappocino yang bertanya .
 Makcik yang tinggal di Ipoh kasi tokmi.
Tokmi kasi kat  kitaorang.


 Petang Abang Syahmi dan Adik Ma datang dengan Tokmi.
Abang Aqi goreng fried fries untuk diaorang.

Perasan tak, ada sorang budak tu tengah bermanja dengan Tokmi.
Dah lama tak jumpa Tokmi sebab hari tu Tokmi balik kampung.


Tokmi bawa keropok  dan nisan ni .
Nisan ni di buat dari nira kelapa.
Sedap buat buah melaka ni :)

Adik Ma datang sebab nak ambik bunga ros jepun ni.
Cute kan dia, kecik2 pun dah minat nak tanam bunga.
Abang syahmi pula nak ambik mask, unk pakai ke sekolah esok katanya.

Ni minggu lepas punya story...udara masih segar, takde jerebu.
Mokcik curi ambik gambar pokcik tengah sapu daun kering :)

Kalau masak  suka buka pintu besar2 supaya dapat lihat pokok2 kat luar...sambil tengok pokcik sapu halaman sebenarnya...hihi

Masak bihun goreng untuk breakfast.

Aktiviti sampingan gantung board FM


Minggu lepas pokcik ke Jakarta, urusan kerja.
Mokcik just pesan molen pisang ..
tapi pokcik beli ni untuk mokcik.
Mokcik senyum sampai telinga :)
Kenapa pokcik suka beli handbag?
Sebab Mokcik akan pakai sampai lusuh atau koyak beg pemberian beliau...haha
psttt...tu tips tau!!


Molen pisang pun pokcik beli jugak.
Tentu rasanya tak sama seperti molen pisang Kartika Sari.
Tapi oklah, lepas rindu unk makan molen pisang ni ...terimakasih pokcik.


anak angkat




 Keep Smiling :D

 Petang Humyra datang :)
  




Monday, 10 June 2013

Glowing Green Smoothie vs Ayam Goreng



Assalamualaikum ♡



Seperti biasa hari minggu rutin ke grocery...cari bahan untuk masak.
Tapi kali ni lebih kepada mencari bahan untuk glowing green smoothie (GGS).
Smoothie untuk kesihatan yang kaya dengan fiber tentunya.
Tengah hangat dikalangan teman-teman Instragram.


 Semua bahan di atas diblender hingga jadi air 'rumput' ni.
Bahannya...romaine + bayam + celery + epal + pear + pisang + lemon( akak ganti dengan
orange).
Untuk lebih detail boleh google di  sini.

ni stok untuk untuk seminggu.
sumber vitamin c   dan  fiber yang baik untuk seisi keluarga..In sha Allah.



 Beli lagi ayam kampung di tempat yang sama untuk buat ayam goreng kesukaan anak2.
Tapi akak rasa ayam ni bukan ayam kampung.
Sebab waktu buat rendang minggu lepas...ayamnya hancur.
Kalau ayam kampung tak hancur you.
So akak rasa ayam ni sesuai di panggil ayam dara lah kot...sebab ayamnya kecik2 je.


 Pastu masak sambal sardin. Lama dah tak makan. One of my favorite.
Dulu waktu belajar sanggup angkut bawa ke negara seberang...semata-mata kerana berpendapat sardin Malaysia lagi sedap dari negara sana...muhahahaha
Aqi tambah nasi 3x  you....memang ikut ummi dia kot, suka sardin.



 Ada balance bayam , lebih buat GGS tadi...so masak ni untuk pokcik dan anak2.
Waktu anak kecik2...selalu pujuk makan sayur bayam ni.
"kalau makan spinach ni...nanti kuat macam popeye tau " pujuk rayu ummi...hihi
Siap nyanyi lagi...popeye the sailor man...toot toott!!

 So sekarang Alhamdulillah mereka semua pecinta sayur :D

 This week beli lagi bunga ni.
Boleh tahan 2 minggu.
Tapi kali ni beli warna putih dan maroon pulak.
Semua ni kurang dari rm2 saja regenya.





 Keep Smiling :D
swimming




Monday, 3 June 2013

Rendang Ayam Kampung


Assalamualaikum ♡

Rendang ayam kampung ni masak di hari Ahad.
Hari Sabtu cuti ...Hari Keputeraan Yang dipertuan Agung.

 Singgah beli ayam kampung ...kecik je , lebih besar sikit dari burung.
So beli tiga ekor. 



 syokkan tengok sayur2 ni.
Geram je nak beli sayur2 ni, tapi mana boleh beli banyak nanti tumbuh akar pulak kat dalam fridge nanti.
Bukan selalu masak pun, cuma waktu cuti jelah yg sempat masak pun



Ohhh buah2an....geram juga.

Hari Sabtu tak masak sebab ada kenduri kahwin.


 dari kenduri kahwin, singgah rumah mama long...
jumpa alya cucu mama long.
Cucu mamalong cucu ku juga :D
Alya tengah merenung Nda Chik :)

Petang gi swimming...cuaca sangatlah panasnya walaupun dah pukul 5.30pm.
Legam kulit mokcik tau...walaupun dah lumur sunblock.
Pukul 7pm selesai swimming.
Malam mamalong  dan ayah long datang.


 Hari Ahad breakfast rumah Abang Di dan Kak Na.
Kak na masak kuzi kambing makan dengan roti.
Sangat le sedapnya.

 Incik suami tak ikut ke rumah Abang Di sebab ada cycling  tournament.


Tiga ipar yang sehati sejiwa bab cycling.

 Yang tak ikut tournament...makan2 di rumah Abang Di.

 Amboi kak inn , makan pun ada gaya ye :)






 Humyra lepas swimming....lepak habis.




 Ni medal yang pokcik dapat.
Hasil penat lelah mengayuh.

Bagi yang tak kenal sayur keladi...hik2



Tengah khusyuk mendengar cerita Abah pasal tournament tadi.
Jadilah Abah penglipurlara saat kami memasak.



Masak lemak udang dan keladi.


Tak sempat jadi rendang kami dah makan sebab orang yang cycling kelaparan tahap maximum.
Tu yang naik minyak tu...tp sedap juga.


Ayam ni hancur sikit le....tak boleh masak gareng2 takut hancur.
Jadi serunding pulak nanti.
Tapi serius sedap *ayat memuji diri* hahaaha


Petang makan martabak yang kak na bagi.





 Keep Smiling :D

Tak biasa mokcik menjahit butang baju pokcik yang tertanggal .
Terasa macam isteri mithali pulak...huhu







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...