Monday, 8 July 2013

Balik kampung ooo balik kampung...



Assalamualaikum ♡
  

 Minggu ni kami balik kampung suami di Kuala Pilah. 
Sempat singgah beli lemang dan daging salai(untuk bekalan puasa nanti).
Sepanjang jalan banyak gerai yang menjual segala jenis salai.


 Pemandangan biasa kalau ke Pilah.
Ada ayam, itik dan daging salai.
Ikan keli salai pun ada.
Pilih  yang mana berkenan.


 Sampai-sampai...uwan (MIL) dah siap masak dah.
Ada gulai ikan +kacang panjang, rendang daging,sayur kobis, ikan goreng dan ikan masin.
Memang pergghh.
Rendang... uwan kasi bawa balik ...boleh le makan dengan lemang.
 Lepas makan , semestinya ada teh pekat ni.

 Jom kita sekodeng bunga uwan.


 Cili ditanam sekeliling rumah ..ehm ehm...dah namanya orang nogori...misti le ada cili api kann.
Banyak sangat buahnya. Geram tengok.



 Seperti biasa waktu nak balik...wajah uwan dah sedih semacam.
Biasalah kan orang tua. Nanti bulan puasa kami balik lagi..In sha Allah.

Sempat singgah rumah alang otw balik.
Alang tengah buat karipap.


Bab ni yang palingggg tak suka setiap kali nak balik KL.
Jam panjanggg sangat.

Nasib baik suka snap gambar...so rumah orang jadi mangsa.


Rumah ni cute kan...sure orang yang tinggal kat sini cute juga sebab kalau jenis yang tinggi sure terantuk punya.

 Matahari dah pun terbenam .

 Ni story minggu lepas...daun pandan untuk wangikan rumah.


Masak nasi lemak untuk breakfast.




 Keep Smiling :D

 Selamat berpuasa semua..
Tak tau bilalah dapat menulis lagi :(



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...