Sunday, 27 October 2013

Vienna, Austria...sentiasa diingatan :)



Assalamualaikum ♡

Percutian ke Eropah timur ni dah setahun berlalu...baru terkedek2 nak update.
Takut lupa elok le update ye mokcik.
Entry ni agak panjang harap jangan menguap...nanti mokcik sedih...muhahaha

Perjalanan kami diteruskan dari Budapest menuju ke Vienna.
Sepanjang Perjalanan menyaksikan pokok2 yang dah mula kuning dan kemerahan menandakan dah masuk musim gugur .


Ladang terbentang luas dan berlatarbelakangkan wind turbine.


 Wind turbine di mana-mana


Ladang yang berwarna warni...teringat farmville yang dah lama ditinggalkan.


Tiba di Vienna...di dalam bas...selalu mendonggak ke atas, kekiri dan ke kanan...melihat pokok2 dan banggunan yang cantik....dan yang pasti kamera tetap di tangan.


bersih

Basikal di mana2...bermacam rupa bentuk.

omputih cakap bicycle

orang Kedah cakap gerek


Destinasi pertama kami Schönbrunn Palace.
Tersergam!


Schönbrunn Palace punya taman yang sangat luas...saujana mata memandang.
Walaupun dah berada di tempat yang tinggi dan jauh...tetap saja tak dapat nak capture secara penuh keseluruhan garden ni..membuktikan betapa besarnya garden ni...
atau pun kamera ku yang tak canggih?...uwaaa


cantik...tiba2  terbayang sang puteri di zaman dulu sedang berlari-lari di garden ni macam filem omputih tu.

bunga yang sangat cantik..nampak tak kat atas bukit sana tu...The Gloriette




Gambar garden tadi di ambil dari balconi istana ni.




capture molek-molek ye pokcik, mokcik nak tempek kat blog :)

 boleh main kejar2 kat sini...confirm penat...sebab sangat le luasnya.


 curi ambil gambar pengantin ni

Banyak sculpture macam ni... bermacam-macam bentuk...ada 32 sculptures kesemuanya


Kerja sukarela :))


Nak juga letak sekeping gambar tuan blog :)

walaupun jauh ...sayup-sayup...hiii



di sekitar istana ni banyak kios-kios souvenir tapi harga memang agak mahal lah.

Setelah tu kami di bawa ke museum ni.


The Kunsthistorisches Museum 





merupakan art museum di Vienna ni :)

Banyak museum di Vienna ni..macam2 museum.





pemandangan di bandar Vienna







The Austrian Parliament Building


Lepas tu kami di bawa ke satu lagi destinasi pelancongan yang lain.



St. Stephen's Cathedral 


Senibina nya lebih kurang macam di Prague.





kereta kuda untuk bawa pelancong jalan-jalan.


Macam puteri dan putera raja je kan..sambil lambai2 tangan...koya kejap!!


Besar dan tersergam sangat St. Stephen's 
Cathedral ni you all.
Kena dongak untuk melihat keseluruhan bangunan ni...tu pun dak dapat nak capture semua.



ada bas untuk sightseeing jugak.



Kawasan St. Stephen's Cathedral  ni sangat le happening...ramai sangat tourist..duduk-duduk 

sambil minum dan makan-makan

.
Kami terlopong je la...sebab semuanya tak

 halal. Nasib baik beli pizza turki diBudapest


semalam.

florist....cantik bunga-bunganya. Ada yang tak pernah tengok pun...jakun jap...kejap je tauuu.


Pukul 3 pm masih melilau mencari souvenir ..banyak kedai souviner kat area sini.
Harga lebih kurang sama je dari kedai ke kedai.

kedai souvenir

siapkan duit je....sebab semuanya mahal-mahal belaka hik hik


Nak beli tiket opera?? beli dengan pokcik ni ye...tak penat2 mengoffer :))

Ramai nya orang...cuaca pun best.
Tak panas dan tak terlalu sejuk...just nice untuk melepak macam ni.

Kalau rajin boleh masuk satu-satu kedai ye...kalau penat...duduk kejap.
Tarik nafas panjang-panjang...sebab banyak benda comel2 yang harga pun 'comel' sangat2.

Lepas tu di bawa jalan-jalan di bandar vienna ni.
Pantang tengok tram..nak je snap.






 Basikal lagi....







Vienna Secession 

gigih mengoogle...nak tau bangunan apa ni
berbentuk ukiran bola mas.Vienna Secession diberi nama...di dalamnya ada 

lukisan ,sculptures dan hasil seni yang lain.


Bangunan bunga-bunga :))

Lepas tu check in hotel ni.
Walaupun dari luar nampak macam biasa-biasa je...tapi suka bila masuk bilik.
Bersih...simple but nice...i like!!!


Sebab ada tingkap ni....dah lama berangan nak rumah macam ni(mokcik sedang berkhayal,harap maaf)
Dapat tengok pemandangan yang cukup indah...tasik di depan mata :)

Dari tingkap tu dapat melihat tasik ni.

view dari jendela hotel.

suka benar dengan pokok merah ni :)
sebab kat Malaya takde :))


Ni pula lobby hotel :)


Hotel Lenas Donau..

Lepas solat..kami berdua keluar jenjalan tepi tasik tu.
Ada orang tengah berkayak


jalan untuk basikal dan pejalan kaki.




Di tepi tasik banyak rumah comel-comael macam ni...suka tengok !

Bunga rumput...
bestnya dapat berjalan-jalan di tepi tasik ni...udara nyaman dan tak terlalu sejuk.


bunga di tepi jalan

Bila hari dah mula gelap...kami balik semula ke hotel. Sebelum tu cari makanan yang boleh di makan di Supermarket Billa ni.
Letak betul-betul di depan hotel kami.


Beli jagung rebus yang sangat le manis dan sedap ni. Malam tu tidur lena sebab keletihan.

Sebelum tidur sempat meninjau di tepi tingkap...ini view waktu malam..nampak sikit tasik tu kan.
Esoknya pagi-pagi lagi kami menuju ke Salzburg pula.


keep smiling :D
Terimakasih kerana sudi baca
tak tahu bila boleh selesai menulis pasal Salzburg.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...