Wednesday, 13 November 2013

Kek Marble panas-panas



Assalamualaikum ♡  


Kek Marble ni sama resepi macam butter cake hari tu cuma 1/4 adunan akak campur cocoa powder dan sedikit emulco coklat untuk buat marble tu.
Keluar dari oven...terus makan panas-panas.

Waktu tengah buat kek tu...Humyra datang.
Suka le dia tengok mixer mokcik tu berputar.
Mixer cap ayam ni dah tua usianya...dah lebih 15 tahun.
Sebab jarang buat kek agaknya sebab tu tahan lama...hiiii
Berangan nak beli KA...tak beli-beli jugak.

Akak guna sukatan cawan sebenarnya.
Hari tu waktu buat butter cake, akak guna sukatan gram...lepas tu tepung dan gula tu akak letak dalam cawan...nak tau 250 gram dan 180 g  tu berapa cawan...so senang le nanti tak payah keluarkan penimbang antik tu lagi.

Ni pula breakfast pagi tu.
Beli je...nasi belauk ikan aya, nasi impit dan laksam.

Aqi pun ada...Aqi cuti seminggu.

Kenapa Tokmi macam sedih je...macam sakit urat je...hihi
Tokmi ada tempat terapi baru...kat Bandar Baru Bangi.

Udara agak sejuk sebab hari mendung je.


Sempat le main pindah-pindah pasu bunga dengan pokcik.


Koya berada di Bali walaupun cuma snap bunga ni kat belakang rumah :))

Bagi peluang kat puteh bebas sebebasnya.
Nampak puteh tak?

 
Aduiiii...ni anak-anak punya kerja...habis pagar mokcik pakai cadar pulok.
ishhh cepat angkatttt...nanti malu kat jiran !!

Hari  Ahad...Humyra datang bawa kueh.
Thanks ummi Humyra :))


Nak tau perasaan orang yang takde anak perempuan ?
Bila tengok girl pakai baju macam ni...suka sangatttttt.
Mesti nak ambik gambar punya.


Ini pula fesyen anak lelaki...dah biasa tengok :))




Keep Smiling :D
Bila budak PMR habis periksa...begini le jadinya.
Berangan nak baca balik komik conan dan buku cerita dia.
Setimbun dia letak kat kepala katil dia...ishhh.






Sunday, 3 November 2013

Cuti...yeahhh



Assalamualaikum ♡ 

Kalau le selalu cuti panjang macam ni kan seronok. Senangnya dalam hati.Berbunga-bunga rasanya walaupun tak dapat bercuti kemana-mana.


Walaupun cuma berada di rumah tapi terasa bagai di Cameron atau Genting aje dek cuaca yang mendung dan  sejuk (mood berkhayal).

Sambil makan kek butter panas-panas yang baru keluar dari oven ni..oh nikmatnya.  Kopi o tak lupa..minum sambil pejam mata..haha.

 Setiap kali membuat kek...saat kek mula masak adalah saat yang sangat di tunggu-tunggu, kerana baunya harum seisi rumah(kalau tak hangit)...aduhaiii bestnya.

 Bahan-bahannya sangat simple..dan sangat berpuashati dengan rasanya. Dan yang paling penting pokcik suka !!

masak simple saja untuk lunch.
Masak lemak ayam salai dan kentang.

Lepas tu siap-siap marinate ayam untuk makan malam.Marinate lama sikit supaya meresap...gitu.


 akak tak buat seekor ayam...takut tak habis.

 Kitchen glove tu nekcik yang kasi...thank you kak :D

Rasa rosemary chicken ni masih tak mencapai tahap Kak Pah(SIL) punya.Tak tau silap di mana.


Selain makan-makan...cuti-cuti ni boleh le ganti bunga yang dah layu ni kan.


Takde bunga lain untuk diganti.
Yang ada cuma bunga kantan tepi pagar ni je.
Vase dia ok tak?  hihi



 susun balik bunga lama...



Lepas tu isi segala makanan leftover dalam balang ni.
Tutup balang ni terdiri dari dua bahagian.
Kalau suatu hari nanti  tutup ni hilang...boleh beli tutupnya saja sebab ada terjual tutupnya sahaja.



Boleh le masukkan pickle dalam balang ni..so takde le semua benda nak kena sumpat dalam fridge.
Kurma yang sebelum ni duk je dalam kotak...boleh simpan kat sini juga...senang untuk yang berpuasa nanti.



Nak cerita sikit pasal pokok bunga ni.
 Bunga ni jarang berbunga...bila berbunga wajib ambik gambar.
Walaupun tak berbunga...akak suka daun dia...sebab warna daun dia kelabu.
Ok lah...selamat bercuti semua :))





 Keep Smiling :D


 mangga pokok sendiri vs mangga beli :)









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...