Wednesday, 22 May 2013

Masak-masak dan Belajar Berenang.



Assalamualaikum ♡


Hari minggu hari tu, masak ni lagi atas permintaan ramai,
 tak ramai pun ...2 orang jer.
Kesimpulannya saya selalu memasak apa yang suami dan anak-anak suka.
Menu yang sama jer..ulang-ulang.
Masak dua lauk je...simpan tenaga nak buat macam-macam (konon kononnya)

Incik suami gi cycling dengan Ayah Ngah dan Pak Su Haris.
Tiga ipar yang punya hobby yang sama.
Kami kaum perempuan tak ikut this time.
Adik pula gi tuition.

Syok juga sesekali duduk rumah sorang-sorang.
Sempat le cuci tudung-tudung ...belai-belai pokok bunga yang dah lama tak mendapat belaian kasih sayang.


Petang gi belajar berenang dengan my sister...Adik Nor.
Berakhir sudah kelas berenang yang akak ikuti selama 4 minggu.
Kos 4 sesi adalah Rm 420...tak sangka akhirnya boleh juga berenang walaupun belum mahir betul.
Tak pernah terfikir boleh swimming akhirnya.
Alhamdulillah.
Dari tak pandai lansung sebelum ni...ibarat, kalau campak akak kat dalam kolam tu, sure tenggelam punyalah.
Dulu-dulu cuma hantar anak-anak je kelas swimming ni....maknya duduk je tepi kolam tu.

Balik dari berenang buat cekodok bawang ikan bilis....sedap di makan waktu lapar.



 Keep Smiling :D
Malam tidur lena...Alhamdulillah.
Penat tapi hati senang :)






Tuesday, 14 May 2013

Pindang Tapai & Guppies



Assalamualaikum ♡

Pindang tapai ni akak buat sikit je sebab akak sorang yang makan.
Ahli yang lain tak suka.
Senang je buat pindang ni..macam buat pengat je, cuma bezanya pindang tapai guna gula putih.

Sebenarnya tak nak cerita tentang kejadian hilangnya ikan guppies akak ni. Sedih tauu.
Tiap pagi sebelum pergi kerja akak kasi makan ikan-ikan ni. 
Suatu pagi, akak tengok ikan2 ni hilang, satu ekor pun tak de. Dalam pasu ni ada beratus2 ekor guppies. Nak menangis rasanya. 
Akak selongkar pasu tu, kot2 ada binatang lain yg makan ikan ni...tapi tak de.
Menurut teori my brother....burung yang makan.
Redha je lah....sekarang dah beli ikan guppies yg baru.Tapi tetap rindu dengan guppies yang lama :(

Last week ada conference...takde cerita menarik pun nak cerita. Cuma dapat jumpa rakan se profesi dari segenap negara.
Tak sempat nak reunion pun dengan kawan2 se Malaysia.

Sekarang tengah menajam skill berenang...kadang2 malam pun gi berenang  dengan pokcik :)




 Keep Smiling :D
jumpa satu kedai runcit yang jual sayur kampung...ada segala jenis ubi-ubian dan segala jenis pisang...teringat Kedai Esoh waktu kat kampung dulu :)




Sunday, 5 May 2013

Masak-masak di Hari Mengundi



Assalamualaikum ♡

Pagi-pagi dah siap-siap masak pulut sambal ikan bilis. Semangat nak mengundi lah katakan.
Mula-mula ke tempat mengundi suami di Cheras.
Lepas tu ke tempat mengundi akak pula.

Akak mengundi di Bandar Baru Bangi.
Ramainya orang..uwaaaa
Beratur tengah panas ceng ceng..queue sampai 2jam baru
dapat memangkah dan pakai inai biru.


First time pakai inai biru :D

Balik masak gulai ayam dan kentang.
Bahan-bahan dah siap...cuma tinggal masuk periuk je. Penat mengundi tak sedar tertidur...zzz
Bangun tidur baru makan.

Dah beli bahan-bahan untuk masak malam sebelumnya lagi.

Syok shopping dengan anak-anak sebab ada yang tolong timbang dan tolong queue untuk bayar.


Ni story 1 Mei...yeaayyy cuti !!!
Kami ke Putrajaya.


Kami gi Swimming :D


Makan di food court Alamanda.
Semua makanan yang di order tak memuaskan hati. Tak nak cerita panjang.


Balik dari Putrajaya masak pengat lagi.
Sebab jumpa satu kedai runcit yang jual segala jenis pisang dan ubi.


 Rebus ubi kayu makan dengan kepala parut..dah lama tak makan.


lebihan pandan untuk buat pengat akak letak kat dalam karbinet. Katanya boleh elak dari lipas dan selain tu syok sebab wangi.


Ni pula tempat rempah bermagnet.
Akak pesan dari LG..Salam Dua Benua(Perth).
LG balik cuti ke Malaysia.
Thanks  Zarin yang tolong ambik untuk akak.


sebelum ni akak letak rempah dalam botol ikea ni je.



 Keep Smiling :D
PRU 13...2013




Tuesday, 30 April 2013

Selamat Hari Tua



Assalamualaikum ♡

Pada 27 april...berpuluh puluh tahun yang lalu lahir le seorang bayi perempuan yang di beri nama gabungan antara ayahanda dan bonda .Tak payah nak panjang lebar...bayi tersebut sure lah penulis blog ni kan :-D

kad dari incik husband

Ucap syukur pada Allah kerana dapat menjalani hidup ini dengan baik walaupun diduga dengan ujian berat dan ringan silih berganti , alhamdulillah dapat di lalui dengan izin Allah jua.

Balik dari kerja pokcik ajak gi swimming
 di Putrajaya.
Balik dari swimming lebih kurang 12 am...taraaaa...ada surprise!!!
Rumah gelap gulita...tiba-tiba adik bawa kek dan ucap happy birthday.
Abah dah pakat dengan adik rupanya.

Birthday card dari adik...thanks adikkk

kek abah beli di resepi rahsia.
ohhh kenapa ye kalau abah beli kek selalu je sedap *ayat bodek* hihi

ada roses juga. 

 tiba-tiba incik husband bawa keluar hadiah ni....terharu!!
Thanks my dear.
Sebenarnya akak ingat akak nak beli sendiri handbag ni ....dah lama dah duk meninjau-ninjau.
Psstt Selamat duit mokcik...hihi

 bila masuk bilik...tengok ada satu lagi bungkusan.....terferanjat lagi.
Ini dari Aqi....mak aiii besarnya kotak...mula2 tak boleh fikir apa yg ada dalam kotak ni.


Ini le rupa paras hadiah dari Aqi.
Agaknya Aqi selalu mendengar keluhan ummi yang sering sakit belakang bila duduk lama-lama. Thanks Aqi.
Bestnya belakang di urut2 oleh massage cushion ni.


Terimakasih juga buat incik husband dan anak-anak termasuk anak angkat, puteh si meow2 kerana bacakan doa untuk kesejahteraan akak after solat maghrib.

 Lepas tu kami keluar makan malam...incik husband yang belanja.


 Akak suka sangat buttered prawn ni...berulang-rulang akak ambik.
Memang lazat sangat.

 Baklava pun ada...makan seketul je.

Kuih muih pun sedap.




 Keep Smiling :D


 walaupun abang jauh di mata ummi...abanglah orang yang pertama wish untuk ummi.

Terharu membaca ucapan abang...thanks bang.









Tuesday, 23 April 2013

Pengat Pisang Tanduk untuk Ustaz



Assalamualaikum ♡ 

Kebetulan ada  pisang tanduk, beli waktu balik dari kerja tadi. Terciptalah pengat pisang ni. Bukan susah pun kan...cepat di masak sedap di makan. Masak untuk ustaz yang datang mengajar mengaji.
Biasanya beli je makanan untuk ustaz ni.

Kalau mood tengah baik, pisang pun boleh berbunga-bunga :)


Buat sira pisang sikit.
Setiap kali lalu depan gerai jual pisang otw balik dari kerja, geram je tengok pisang tanduk duk bergantung2 kat situ. Tapi seksanya nak berhenti kat situ, jalan sangat le sibuknya. Mencabar sangat. Kadang-kadang berjaya...kadang2 tidak.

Cekodok bawang ni tokmi yang buat untuk orang-orang yang berpuasa.
Sedap pula..lama tak makan. Nasib baik tokmi buat banyak.

Ada satu hari tu tokmi terkunci kat dalam rumah,tak boleh keluar dari pagi sampailah kami balik. Tak tau kenapa. Balik kerja tokmi ajak keluar makan.Incik suami masih di surau,  so kami keluar makan berdua. Bungkus aje untuk suami dan adik.

pilihan tokmi dan anak tokmi :)

Nak cerita sikit yang bunga tikam seladang yang sedang galak berbunga ni.
Bila petang baunya semerbak menyambut kepulangan akak dari kerja...cewahh.

Pokok ni asalnya di tanam di dalam pasu...tapi makin lama makin layu.
so kami pecahkan je pasu biar akarnya dapat menjalar bebas di dalam tanah.

dah lama tak ambik gambar kaktus :)

 Ni pula orkid pantai...ada 11 tangkai bunga dalam satu pasu....ohh sukanya  :)


musim bunga di Malaya :)

Aktiviti berbasikal di hari minggu diteruskan sambil menikmati udara segar di pagi hari.

 view yang cantik...melewati pokok-pokok bunga, tak terasa penat walaupun peluh dah mencurah-curah.

sekali pandang mendamaikan..dua kali pandang seram...hihi

Bila dah penat, akak cakap dengan suami supaya stop kejap...alasan nak ambik gambar...muhahhaha
padahal nak rest kejap.

di obersi ada swan...kat sini ada itik...cantik jugak kan?

Aqi pun ikut serta :)

Tokmi dan Humyra pun ikut sama...tapi tak cycling le...duk makan-makan kat cafe. Abah humyra pun ada, ummi humyra tak ikut sebab kerja.



 Keep Smiling :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...