Thursday, 30 September 2010

Otak-otak Terengganu

Otak2 Terengganu rasanya manis (biasalah org Ganu...suke manih2) dan ada rasa rempah juga. Di dalamnya ada isi ikan . Kelapa parut di gaul dengan rempah & gula. Kemudian di bungkus dalam daun kelapa. Isi ikan di letak di tengah2 kelapa parut tadi. Setelah itu ia di bakar hingga masak. Makanan ni pun biasanya di makan waktu petang. Kalau balik kampung misti cari otak2 selain sata. Makan sewaktu panas panas memang best...tambah2 lagi kalau makan di tepi pantai...sempat berangan sekejap. Gerai otak-otak banyak, tapi misti tahu yang mana yang paling terbaik...agar puas hati.
Otak-otak

Wednesday, 29 September 2010

Kuala Besut


Kuala Besut adalah kampung nelayan kerana kebanyakan dari penduduknya mencari rezeki dari hasil laut. Untuk ke Pulau Perhentian melalui jeti Kuala Besut ini lah. Dulu jetinya tak macam sekarang. Waktu aku kecil cuma jeti kayu saja. Untuk ke Pulau Perhentian sekitar 1979 ( waktu sekolah rendah) cuma menaiki bot nelayan. Berjam2 baru sampai. Terpaksa makan ubat mabuk. Sekarang semuanya dah berubah, ke Pulau Perhentian cuma mengambil masa setengah jam atau 45 minit saja dengan bot laju. Tak sempat nak mabuk laut pun.

Bot-bot nelayan sekitar jeti Kuala Besut

Jeti Kuala Besut...model sambilan dimana saja.

Sementara bot datang, sempat makan nasi berlauk di sekitar jeti

Permandangan jeti Kuala Besut dari atas bot

bot nelayan

Jembatan Kuala Besut

Sewaktu aku kecil (tahun 70 an) jembatan ni belum ada lagi. Kalau nak ke Kuala Besut terpaksa menaiki perahu. Perahu penambang, kami di kenakan bayaran per orang...murah je kot waktu tu. Perahu tu kecil je dapat memuatkan lebih kurang 10 orang. Perahu tu di gerakkan menggunakan galah yg panjang. Waktu tu aku sungguh enjoy...tp bila kenang2 kembali...takut!!! Sebab waktu tu tak de life jacket pun...relex saja. Sekarang pakai life jacket pun aku masih takut. Sekitar tahun 80 an barulah ada jembatan ni menghubungkan Seberang Kastam & Kuala Besut. Dari rumah family ku ( Kg Raja) ke Kuala Besut mengambil masa 15- 20 minit saja.

Kedai Share (Kedai Sir)
Bila tengok kedai ni masih ada, aku jadi terharu. Di kedai ni lah dulu Arwah Makcik ku berniaga makanan. Dulu aku ingat Sir tu nama orang. Baru aku tahu dari ibu ku yang kedai ni kedai syarikat atau di kenali kedai share. Tapi sebutan org2 tempatan di situ, jadi kedai sir. Dah lama aku tak ke sini. Rupanya kedai ni masih ada.

Deretan kedai di sini pun dah lama , mungkin dah lebih dari 5o tahun.

Komplek sekitar jeti
Dulu tak de kompleks yg berwarna orange ini. Kat sini dulunya pasar. Sekarang pasar dah di pindahkan ke tempat lain. Dulu setiap hari Jumaat disini ada Kedai Sari ( Pekan Sari)...orang ramai sangat. Sejak pasar di pindahkan tak ada lagi kedai sari kat sini. Kalau nak beli keropok lekor atau keropok keping, di Kuala Besut ni lah tempatnya. Kalau ke Pulau Perhentian singgah le di gerai2 sekitar sini unk membeli keropok atau sata.

Tuesday, 28 September 2010

Fridge Magnet Terbaru & Syarliz

Waktu rumah terbuka Abg Zu tempohari, kakak ipar ku ada kasi Fridge Magnet(FM). Thank you Kak Pah. FM ni dibeli sewaktu Kak Pah & Abg Zu ke Athens hari tu. Kumpul FM dulu..lepas tu kita berangan pula nak ke Athens (InsyaAllah)...sebab berangan tak perlu mengeluarkan duit...free of charge...hehe.


FM Batu bersurat & Masjid Kristal Kuala Terengganu

FM Pulau Perhentian Besut, Terengganu.


FM di atas aku beli waktu balik Raya hari tu...waktu tu singgah kat Masjid Kristal dan FM Pulau Perhentian aku beli di Kuala Besut sewaktu ke Pulau Perhentian cuti Raya hari tu. Waktu beli FM terus ingat pada teman bloggerku Syarliz (Leez) yg juga pencinta FM. Nak cerita sikit pasal teman blogger ku ini. Waktu tu aku terbaca satu tawaran percutian musim luruh unk ke Turki di internet. Aku mula mencari maklumat tentang Turki. Terjumpalah blog Leez ini. Blognya sungguh infomative...aku terus teruja & terus confirm unk ke sana setelah membaca blognya. Blognya aku suka, sebab aku pun suka berjalan juga...hehe. Hampir semua entry nya aku baca....hinggakan aku rasa macam dah kenal lama dengannya, walaupun kami tak pernah bersua muka. Tambahan pula minat kami agak sama....dia pun pencinta makanan, samalah tu dengan ku...hahaha. Untuk Leez...nice to know you!!!!
antara FM Pulau Perhentian

Anak2 ku beli keychain ini unk mereka.


Ini pun Kak Pah bagi....dari Athens.....Kak Ma, jom kita ke Athens pulak lepas ni.




Monday, 27 September 2010

Makan-makan : Sata

Sejak dua menjak ni asyik cerita pasal Abang je...nak cerita pasal makan pula lah. Pasal Abang nanti cerita lain hari pula. Nak cerita pasal sata. Balik Raya hari tu sempat juga makan sata. Biasanya hari raya org tak buat sata. Biasa nya raya ke empat baru diorang mula berniaga balik. Sempat le aku makan sata ..adik ku Emi yang belikan. Bahan2 untuk membuat sata ni senang je...terdiri dari isi ikan, kelapa parut, cili merah, halia, bawang , garam & gula...dia orang gaul semua bahan2 tadi ...lepas tu di bungkus dengan daun pisang berbentuk tiga segi. Seterusnya di pacak dengan batang buluh untuk di bakar. Sata ni biasanya dimakan waktu petang. Ada satu gerai ni..di Kuala Besut, sangat lah terkenal keenakan satanya. Dah sejak aku kecil lagi. Mungkin sekarang yg berniaga anak2nya pula kot. Gerainya berhampiran dengan Balai Polis Kuala Besut. Kat sekitar Kuala Besut banyak gerai sata. Selain sata, otak2 pun best juga. Nanti akan ku ceritakan di lain hari.

Sata yang dah masak

Masih dalam proses membakar

Sata

Sunday, 26 September 2010

Hari hari tanpa Abang

Hari ni ada open house kat rumah Abang Zu. Paginya pergi breakfast di kedai mamak yg selalu kami makan. Terasa sangat ahli kelurga dah berkurang. Dulu Aqi sekarang Abang pula. Cuma tinggal bertiga saja.


Ini sebenar salah satu accessory laptop Abang...Adik cakap dia tolong "simpankan" dulu. Abang sure tahu kenapa Adik tutup mulut...seperti biasa dia lupa gosok gigi.

Pagi sempat lagi beli barang2 keperluan di pasaraya berhampiran rumah. Saat turun dari kereta, biasanya Abang yg follow...tiba2 ada rasa satu kehilangan...sapa nak teman? Ajak Adik, Adik tak nak. Kalau nak beli beras..nanti sapa nak angkat? Ummi tak larat...sakit pinggang . Dah pasti kena ajak abah. Beli barang sikit je...lepas tu tengok sodep murah beli sodep. Kira ok le sodep ni pemegang kayu. Tak suka beli yang pemegangnya plastik, sebab mudah cair & tertanggal pemegangnya.

Sodep pemegang kayu & S.S...harap2 tahan

Thursday, 23 September 2010

Abang Memulakan Langkah






Malam ni ada rasa ganjil...rasa free. Sebab adik dah habis UPSR hari ni. Apa2 keputusan nanti redha saja lah. Sebab dia dah usaha. Rasa pelik pulak, tambah2 pula dia tak de, gi tidur rumah adik ku ( Adik Nor) . Biasanya tiap malam aku menemani adik buat kerja sekolah & buat latihan untuk UPSR.

Waktu menemani adik ...biasa waktu tu lah aku sempat berfesbuk & lihat2 blog org & blog sendiri...tapi tak lah setenang malam ni. Biasanya sekejap2 adik akan datang pada ku bertanya tentang apa2 yg dia tak faham sambil2 menjeling pada laptop....dan soalan yg selalu dia tanya pd ku adalah...ada orang "add" dia sebagai friend tak..hahaha (dah lama adik tak buka fb dia....farmville dia pun dah kering kontang kot). Sepi nya rumah...Abang dah selamat ke Egypt (Alex) pada 21 sept 2010 hari tu.

Abang melangkah keluar...diiringi oleh Tokmi & Adik

Tokmi pimpin Abang ke Abang pimpin Tokmi?



Abang dah tak lalu makan time ni



Abang zu & kak Pah hadir memberi sokongan


Ayah Chik (Emi) & Achik ( Asha)
Mulanya kami tak nak bawa adik ke KLIA sebab dia ada ujian UPSR besoknya...tapi Abang nak juga adik ikut & adik pun memang nak ikut.
Ini karangan BM yg terakhir dia buat di KLIA sebelum ujian besok.

Abang bersama sepupu2 ...Along & Yoel


Teman bermain futsal



Ayah Long pun datang....mana mama long??

Mama Long ada...kat belakang Abg & Tokmi

Bersama2 sepupu2 kecil

bersama Shahmi
Abang bersama Muhsin & Saiful...rakan serumah nanti.
Bye2 Bang...take care

Gambar Abang yang terakhir diambil sebelum abang melangkah pergi.




Untuk melepaskan Abg pergi jauh adalah sesuatu yg agak sukar tetapi demi cita2 kami redha. Sejak kecil ( bermula 5thn) Abang tak pernah berpisah lama dengan kami. Kali ni agak lama..setahun (lama tu). Dulu sewaktu melepaskan Aqi ke asrama ...beban perasaan yg sama terpaksa ku tanggung. Tipu lah kalau tak sedih, cuma ummi control ayu jerr. Bezanya Aqi masih boleh selalu balik rumah. Bermulalah episode baru...tiada lagi teman borak, teman shopping, assisten chef dan orang yg paling rajin menolong Ummi. Abang dah selamat sampai...kami terima sms & call dari Abang. Cuma rumahnya belum ada internet untuk borak dalam sykpe atau ooVoo. Kalau ada internet senang sikit le. Tadi pun sempat berfesbuk dengan abang, tp internet sana slow sebab dia cuma "menumpang" line org.

Ok Bang, harapan seluruh keluarga kita, agar Abg berjaya di dunia & akhirat. Please focus on your study, study hard..wokeh. Don't forget...SOLAT & read al Quran. Never give up. Rasanya sebelum abg pergi ummi dah berpesan berjela2...lebih panjang dari pesan Tokmi..hihi

Love you Abang...and we will miss you...oppp... already miss you.

Wednesday, 22 September 2010

10 Syawal 1431 : Raya & Doa Selamat

Pada 10 syawal yg lalu (Ahad) telah di adakan majlis solat hajat & raya juga (sebab masih syawal) di rumah ku. Tujuan di adakan majlis ni sebenarnya untuk solat hajat untuk anak2 & anak2 buahku yg akan menjalani UPSR & SPM...dan doa selamat untuk Abang yg akan ke Egypt ( study) pada 20.9.2010. Di samping itu dapat beraya sekali lagi di KL setelah beraya di kampung tempohari.
Satay & lemang aku beli je kat Kajang. Ketupat aku masak sendiri ...jangan kagum dulu ye..sebab aku cuma masak ketupat segera sahaja. Haaa..mihun & makroni goreng aku yg buat... yang senang2 boleh le buat. Serunding daging pun beli dengan kawan kakak ku. Rendang kakak ku yg bawa...Thanks Kak Ma. Kak Pah pula bawa kuih bakar & karipap...Thank you Kak Pah..

Satay & lemang yg di beli di Kajang



Juadah




Kalau aku mengaku buat kuih ni..pasti Emi akan gelakkan aku sakan2.
Kalau tak beritahu pun mereka dah tahu kuih ni aku beli di Medan Mara.
So ngaku je..kuih ni kuih beli.

rendang buatan Kak Ma...enak banget


bahan2 pelengkap...

kuih yg datang khas dari Shah Alam ( oleh Kak Pah)
Jangan lupa kasi resepi ye Kak Pah...hihi


Kami adakan solat hajat, doa selamat & baca yasin...semoga apa yg kami hajatkan tuhan kabulkan ...amin.

Taskirah sebelum solat hajat

solat hajat diimamkan oleh Aqi


Berita Sosilawati masih mendapat tempat.
Kak Pah sedang khusyuk membaca berita suspek utama.


Irfan & Shahmi...mana gigi Irfan & Shahmi???


Adik Ma, Mah & Mila


Family Abang Di & Bonda


Abang & Uzair
Jelas Uzair lebih tinggi dari Abang.


Abang Zu & Adik


Aqi & Abang...saling pesan memesan.


Syahir , Haris & Adik Nor
Oh ye ..doa selamat tadi juga adalah untuk adik ku ini...Dik Nor.
Agar selamat melahirkan baby yg pertama, agar baby menjadi anak solleh/ah.

menunggu unk check BP...acara sampingan yg menarik minat semua.
Ada yang tinggi, ada yang border line, ada yg rendah...dan ada yg normal.
Yang normal tu BP ku...hihi, jgn jeles kakak2 & abang2.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...